Saturday, December 6, 2014

Terrarium


Terrarium.
Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti kura-kura kecil, katak, rama-rama, dan reptelia-reptelia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak, botol atau bekas  yang diperbuat dari kaca ataupun plastik boleh digunakan untuk menghasilkan terrarium. Kemudian, masukkan tanah, tumbuhan, batu dan kayu untuk melengkapkan terrarium dan ditutup rapi, agar hidupan didalamnya, tidak keluar.



Akuarium


Akuarium.
Akuarium adalah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. Ianya boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca, ataupun baling-balang plastik. Ikan-ikan tropika boleh dibela didalam akuarium.



Diorama


Diorama.
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.



Model.


Model.
model adalah binaan rupa bentuk bahan yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin, getah, simen plaster, kotak dan juga kayu. Model terbahagi kepada 2 iaitu.

Model berskala/ model pepejal.
Model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama dengan saiz sebenar atau dibesarkan dan dikecilkan dengan berpandukan skala tertentu. Contoh seperti model kapal terbang, glob dan sebagainya.




Model olok-olok.
Model olok-olok pula, adalah model yang diubahsuai rupa bentuknya yang sebenar. Kebiasaan nya model ini diperbesarkan dari objek sebenar tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih menunjukkan keadaan asal yang sebenar.



Model keratan rentas.
Model keratan rentas merupakan model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalaman sesuatu benda. Seperti contoh keratan rentas gigi, dan keratan rentas bumi.




Relia (asli dan awet)


Relia.
Relia adalah bahan-bahan yang sebenar atau maujud. Kelebihan bahan relia ialah, pelajar boleh melihat, menyentuh, merasa dan mendengar sesuatu benda yang sebenar. Terdapat 2 jenis relia iaitu relia asli (hidup) dan relia awet (yang diawet).

Relia asli.
Relia asli merupakan bahan hidup yang sebenar dan masih hidup seperti cacing, tanah, belalang dan sebagainya. Relia juga boleh menjadi bahan yang tidak bernyawa seperti mesin, jentera dan sebagainya.







Relia awet.
Relia awet pula merupakan bahan-bahan hidup yang telah diawetkan dan disimpan didalam bekas tertentu.














Kad Gambar


Kad gambar

Kad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Ianya selalu berukuran ¼ daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar sahaja yang terdapat pada satu kad.



Kad Imbasan (flash card)


Kad Imbasan (flash card)

Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad imbas perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah pra seklah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kad manila.



Poster



Satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf, serta warna-warna dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai gaya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan spontan.



Carta


Carta

Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara yang komplek atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses atau pun satu aliran perubahan sesuatu. Umumnya carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual. Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta organisasi, garis aliran (time lines) carta aliran (flow chart) dan graf.

Carta organisasi
Carta yang menunjukkan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan atau sebagainya.


Carta Klasifikasi
Carta yang digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.


 * Carta masa
Carta yang menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang berlaku.


 * Carta jadual
Carta yang menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku.


Carta urutan
Carta yang mengambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-satu persatu.

Carta flip
Secara umumnya mempunyai fungsi yang sama dengan slaid atau filem jalur projektor di mana ia mempamerkan gambar visual dalam suatu tempoh tertentu sahaja. Satu siri carta akan selaku seperti jalur filem untuk menerangkan sesuatu subjek. Seperti jalur filem, keberkesanannya bergantung kepada sejauh manakah integrasi antara perbincangan dengan visualnya. Carta ini jarang disediakan untuk menyampaikan sesuatu dengan mendalam. Biasanya ia adalah rumusan daripada isi-isi penting sahaja.




Grafik


Grafik

Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai mesej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu menpunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu grafik yang dilihatnya. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan.








Gambar atau Gambar Foto


Gambar atau Gambar Foto

Gambar foto sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia , tempat atau benda yang telah dirakam di atas kertas foto atau filem. Ianya dihasilkan dengan menggunakan kamera digital atau kamera bimbit.