Model.
model adalah binaan rupa bentuk bahan yang mungkin diperbuat
daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin, getah, simen plaster, kotak
dan juga kayu. Model terbahagi kepada 2 iaitu.
Model berskala/ model
pepejal.
Model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama dengan saiz
sebenar atau dibesarkan dan dikecilkan dengan berpandukan skala tertentu. Contoh
seperti model kapal terbang, glob dan sebagainya.
Model olok-olok.
Model olok-olok pula, adalah model yang diubahsuai rupa
bentuknya yang sebenar. Kebiasaan nya model ini diperbesarkan dari objek
sebenar tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih menunjukkan
keadaan asal yang sebenar.
Model keratan rentas.
Model keratan rentas merupakan model besar yang
menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda untuk
memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalaman sesuatu benda. Seperti contoh keratan
rentas gigi, dan keratan rentas bumi.