Carta
Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan
acara-acara yang komplek atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa
tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran
satu proses atau pun satu aliran perubahan sesuatu. Umumnya carta patut memberi
satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya
melalui visual. Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta organisasi,
garis aliran (time lines) carta aliran (flow chart) dan graf.
* Carta organisasi
Carta yang menunjukkan hubungan atau rantaian pentadbiran
ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan atau sebagainya.
* Carta Klasifikasi
Carta yang digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan
kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau
tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.
* Carta masa
Carta yang menggambarkan hubungan masa dan peristiwa,
berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang berlaku.
* Carta jadual
Carta yang menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang
memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan
berlaku.
* Carta urutan
Carta yang mengambarkan satu siri urutan atau sekuen atau
prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta
ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami
langkah-satu persatu.
* Carta flip
Secara umumnya mempunyai fungsi yang sama dengan slaid atau
filem jalur projektor di mana ia mempamerkan gambar visual dalam suatu tempoh
tertentu sahaja. Satu siri carta akan selaku seperti jalur filem untuk
menerangkan sesuatu subjek. Seperti jalur filem, keberkesanannya bergantung
kepada sejauh manakah integrasi antara perbincangan dengan visualnya. Carta ini
jarang disediakan untuk menyampaikan sesuatu dengan mendalam. Biasanya ia
adalah rumusan daripada isi-isi penting sahaja.
No comments:
Post a Comment